bckground

Sunday, February 27, 2011

||cinta MEDiK||

wawawa...
tjuk bkn men gelemer..
para pembaca yang budiman...
heeeee :)

Setiap tahun, kajai akan mengadakan 2 event terbesar, mefek n medik. mefek dah lps, skrg giliran medik plk mengambil alih.,,,
medik tuh apew? medic
MEDiK
Majlis Eksekutif Dinner Kajai..Merupakan majlis makan malam yang akan diadakan setiap tahun khas untuk warga rahim kajai, dari pengetua, timb pengetua, kakitangan pjbt, felo, pelajar siswazah, pljr prasiswazah dan alumni kajai. Yang menariknya, makan malam nie, akan dihadiri oleh semua pljr dan diserikan dengan persembahan artis, haaa...bezkan?...

Rmai yg dah taw kan pe tema medik tahun nie? masquarade vs rockstar! so wrga kjai, dh taw nak pkai pe nnt???jgn lupe, dtg tepat pada masanya, pn2 akan dibuka seawal 7.30pm, so bg yg beragama islam, lps mgrb trus bersiap g medic..klo ley, bersiap awl2, lps solt, trus je pkai kasut..haa kan sng, jgn lps mgrb bru nak mekap, tyme2 tuh bru nak gosok baju, bru nak crik mne kasut...hmmm jwbnye, kol 9 laa bru smpai...huhu...

mari2 intai poster medik tahun nie...


haaa, tuh dia..jelas lagi bersuluh..so kawan2 dan sahabat handai, anda boleh pilih nak tema mane, rockstar atau masquerade, klo rse xtaw nk pkai pe tok rockstar, atau rse x seswai ngan diri anda, anda boleh pkai bju pe je baju tido, baju renang, janji anda pkai topeng...xkisah laa nk pkai topeng ari jadi ke, topeng buatan sndr dengn manila kad ke, topeng otomen kew, jnji bertopeng,.,,nak pkai bj kurung pn ley,,,asalkan bertopeng, simple kan...so, kwn2, jgn lupe jnji temu kte pda 3 march nie di dectar!!!! c u olllss there!!!!

p/s: diharapkan pemakaian mngikut kriteria yg telah ditetapkn,,,jgn memakai pkaian yg menjolok mata, atau bley menyebabkan mata org len sakit memandangnye..hehe...


~~Majulah HESWI untuk KAJAI~~

Saturday, February 19, 2011

||Mari Mengundi oii oii||

..Salam dan selamat sejahtera..

Kepada seluruh warga UKM amnya, dan warga Kajai khususnya, marilah kita bersama-sama turun padang, menunaikan kewajipan anda. UNDI. Undilah calon MPP yang anda rasa layak untuk memimpin UKM. Tarikh rasmi pengundian adalah pada 21 Februari 2011 (isnin) dari pukul 8.00am - 5.00pm. Untuk mengetahui tempat mengundi, anda boleh lah klik link di bawah:


Pada hari pengundian, kelas dari pukul 8.00am - 1.00pm dibatalkan. Sila rujuk link dibawah:


Diharapkan semua pelajar dapat meluangkan masa untuk turun mengundi. Sila tunaikan tanggungjawab anda. Firman Allah:


Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanat (memilih/melantik/mengundi seseorang) kepada yang berhak menerimanya (seorang yang tahu tentang ilmu Islam dan yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup), dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil (mengikut Al-Quran dan Sunnah). Sungguh, Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat." (Surah An-Nisa : 58)

Undilah calon anda.


||Majulah HESWI untuk KAJAI||


Wednesday, February 9, 2011

||HAKERA||

Assalamualaikum...

KDO akan mengadakan pertandingan sempena Hari Siswi KDO 2011..Berikut adalah pertandingan yang akan diadakan:

Pertandingan Tudung Xpres
1. Terbuka kpd wanita yang berminat
2. Pnyertaan scr brpsgn (seorg model n seorg pembantu)
3. Yuran RM5
4. Peserta perlu memakai anak tudung/tudung (syria/inner lycra atau sbgainya) yng berwarna hitam sewaktu pertandingn. Jenis tudung bergantung kpd psrta
5. Pihak penganjur akan mnyediakan selendang.
6. Masa diberikan 20minit
7. Dibenarkan mmbawa aksesori tambahan mengikut kreativiti
8. Hendaklah memakai pakaian yg seswai., Pengunaan aksesori dan solekan dibenarkan
9. Dinilai melalui aspek kreativiti, kekemasan, tema, konsep dan kerjasama

Pertandingan Beat to Beads
1. Penyertaan scr indivdu
2. Yuran : rm5
3. Masa diberikan: 30 minit
4. Pihak penganjur akan menyediakan peralatan seperti mini pouch, gunting, benang, jarum, dan manik shj.
4. Psrta dikehendaki utk menjahit mini pouch yg disediakan mengikut kreativiti
5. TIDAK dibenarkan utk mmbawa aksesori tmbhan
6. Hasil jahitanm yg dipertandingkn boleh dituntut smula slps keputusan diumumkan.

Pertandingan Transformasi Tropika
1. Pnyrtaan scr brpsngn
2. Yuran : RM5
3. Masa: 30 minit
4. Pihak pnganjur akan mnyediakan buah, pisau kecil, dan bakul
5. DIBENARKAN utk mmbwa aksesori tmbhan dan pisau sndr
6. Hasil gubahan boleh dituntut smula slps kptsn diumumkan

Siswi KAJAI yang berminat utk mnyrtai antara pertandign di atas, yang akan diadakan pd 12 FEB (sabtu), sila hubungi faz-0173267886 selewatnya esok (10/2 - Khamis). Sbrg pertanyaan lanjut, boleh sms no diatas. 
(Timbalah pengalaman sebanyak mungkin...) TQ


||Majulah HESWI untuk KAJAI||

Saturday, February 5, 2011

||KGS IV||

KGS merupakan singkatan bagi nama Kem Kegemilangan Siswi, merupakan kem tahunan yang diadakan oleh Biro Hal Ehwal Siswi khas untuk pelajar-pelajar tahun 1. Program ini bermatlamatkan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama siswi tahun 1 Sedikit rentetan mengenai KGS dr KGS I hinggalah KGS IV:

  • KGS I :- Program KGS yang pertama ini dijalankan di sekitar Kajai sahaja. Melibatkan seluruh ahli biro HESWI dan pelajr tahun 1.
  • KGS II :- Tradisi KGS diteruskan oleh JAKSA HESWI pada ketika itu, saudari najihah. Program ini dijalankan pada cuti semstar 1. Aktiviti yang dijalankan lebih kepada aktiviti berkumpulan. Antara aktivitinya seperti Explorace, Debat antara kumpulan, cheers, bina trademark kumpulan dan bermacam lagi. Paling menarik, pada hari keempat, semua peserta ke dibawa ke Gunung Dato untuk ekspedisi mendaki gunung. Pada malam sebelum pendakian, peserta telah bermalam di kaki gunung, dan juga diadakan malam kebudayaan KGS di sana.
Pendakian Gunung Dato

Peserta dan PC KGS II
  • KGS III :- Kali ini, KGS telah diadakan di luar kawasan Kajai. Kem kali ini diadakan di Teluk Segadas, Pulau Pangkor. Kali ini, KGS diketuai JAKSA HESWI, saudari Shahidah. Bagi memberi peluang kepada peserta merasai aktiviti2 pantai, maka, kem ini dibuat di pulau. Antara aktiviti yang dijalankan, adalah seperti berkayak, snorkeling, water cnfident, LDK, BBQ dan malam kebudayaan. 
Purple!

Banner KGS III ^^,

Peserta KGS III di Teluk Segadas

Antara AJK yang terlibat
Begitulah antara rentetan KGS yang telah diadakan. Jum intai KGS IV plk... :)

KGS IV telah diadakan pada 31/12/2010 - 2/1/2011. Kem kali ini diadakan di Sg Chilling, Kuala Kubu Bharu di bawah pengelolaan JAKSA HESWI, fazila.  Kali ini, peserta akan berkhemah selama 3 hari 2 malam. Untuk menguji peserta dari segi mental dan fizikal, pelbagai aktiviti lasak diatur, antaranya, ekplorace, flying fox, night walk dan jungle trekking. Pada setiap malam, kumpulan2 dibahagikan untuk tugasan sentri. Terdapat juga BBQ dan malam kebudayaan. Mari lihat gambar2 mereka di sana:

Bergambar di air terjun

Peserta dan PC KGS IV


Monkey Climbing

Spider Web

Periuk Api!!!!!

Haaa, itulah sebahagian daripada KGS IV yang diadakan untuk sesi 2010/2011 ini. Semoga kem ini memberi 1001 kenangan kepada semua peserta yang terlibat. Kepada semua AJK HESWI, tahniah dan syabas diucapakan atas komitmen dan penat lelah anda menjalankan kem tahunan biro ini. Harapan, semoga kem ini dapat dijalankan oleh Jaksa Heswi pada sesi berikutnya."Kito bako je la",,,, Happy~~~ ^___^


||Majulah HESWI untuk KAJAI||




Tuesday, February 1, 2011

||Pergolakan di Mesir||

Keluarga Heswi prihatin mengenai pergolakan yang berlaku di Mesir semenjak smnggu yang lepas. Oleh itu, kami ingin berkongsi berita ini dengan semua pembaca blog Heswi.

Krisis bermula apabila rakyat bangun untuk menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak yang telah memerintah selama 3 dekad lamanya. Hosni mubarak merupakan pemimpin yang sangat kejam dan sekutu kepada US, juga menyokong tindakan Israel. Oleh itu, rakyat Mesir telah bangun meminta agar Hosni Mubarak meletakkan jawatan nya sbgai presiden Mesir. Mereka telah menjalan kan demontrasi dan melanggar perintah darurat.

Ekoran dari peristiwa ini, Malaysia juga turut merasa tempiasnya apabila ibu bapa pelajar di Mesir menggesa agar anak mereka di sana di bawa pulang. Keadaan huru hara menyebabkan:


  1. Internet, talian komunikasi terputus. Ibu bapa sukar utk menghubungi anak mereka utk mengetahui keadaan anak mereka di sana
  2. Bekalan makanan trputus. Kedai2 dirompak dan dibakar, bank dan balai polis juga dirompak.
  3. Kereta2 juga dibakar
  4. Rumah mereka di rompak
  5. Harga tiket ditingkatkan sbnyk 7x ganda. Hnya mereka yang mmpunyai pesawat peribadi boleh keluar dari negara itu.
Mungkin, pelajar2 M'sia akan dibawa pulang menggunakan jalan laut. Ada juga segelintir daripada mereka yang telah dipindahkan ke negara yang berdekatan. Semoga pelajar kita di sana selamat dan berada dalam keadaan aman..

Mereka menuntut keadilan.



||Majulah HESWI untuk KAJAI||

Friday, January 28, 2011

||Oo Oo Oo Blk Kpg||

Pulang..Pulang...
Yup..
Dr 29/1 - 6/2, semua warga UKM akan pulang ke kpg sempena cuti Raya Cina dan cuti pertengahan semestar...
Oleh itu, berhati2 di jalan raya semasa pulang ke kpg,



Bagi yg memandu sndr dgn menaiki kereta mahupun motosikal, berhati-hatilah di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat. Sentiasalah berwaspada ketika dalam pemanduan. Bagi yang naik bas pn berwaspada juga. Semoga selamat pulang dan selamat kembali ke UKM. Jangan cuti lebih2 pulak. Gunalah cuti sebaiknya. Jangan main mercun taw (mcm cuti raya plk) He3 

Untuk warga Kajai yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina, kami dari keluarga HESWI mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA...!!


p/s--> Pulang nnt, masing2 dh bz ngn midsem test...Hu3...cpt nye masa berlalu...~

||Majulah HESWI untuk KAJAI||

Wednesday, January 26, 2011

||Kreatif dan Inovatif||

Salam siswi sekalian...


Orait, ni 1st entry yang tidak berkaitan dengan aktiviti student kajai mahupun heswi sndr..Entry ni adalah untuk menambahkan pengetahuan siswi-siswi sekalian tentang kemahiran yang anda boleh pelajari...huhu


Idea nak wat entry nie timbul bila seorg kosmate saya telah mengupload gambar hasil tangan nya dalam bidang pembuatan felt craft. Haa, taw x pe tuh felt craft? Mari kita lihat hasil tangan felt craft nie:

Alolow, cumey nye....

Geram2...

Key chain pn de

Macam2, kreatif nye

Klip rambut, and bley buat klip kat selendang juga

ouch..sngt lawa

ID card holder

I love PINK
tgk!!!lawa2 bukan..n cumel2 plak tuh...klo budak pompuan tgk nie, mst geram...haaa...geram3 (gaya upin ipin)..ade lagi, bawah nie gmbr handmade kosmate sye...

Handphone Pouch

Clip holder



Begitulah kreatif nya kawan2 kita nie. mgkn de yang x taw lagi pasal hasil kreatif nie. and if anda g0ogle kt internet, mmg bnyk sangat blog2 yang buat pasal felt nie, n mnjdi salah satu sumber pndapatan mereka!! wow!!! utk pngetahuan semua, ada juga antara rakan kita di kajai, yang ada menjual handmade dari felt nie..
just klik di sini untuk melihat barangan mereka di facebook:


Kalo nak bli or buat tempahan, bley laa hubungi mereka di facebook tuh.. 
Jadi, adik2 kakak2 yang berminat nak cuba belajar, or mnjadikan ia sebagai hobi baru (or mgkn juga pndptan sampingan) layari laa internet berkaitan dengan felt craft ini. Mngikut apa yg saya baca, kain felt nie sngt susah dijumpai di kedai2 kt mesia nie, so diorg lebih gemar bli scara online kt blog2 yang menawarkan barangan felt ni.. So, slmt mncuba..!!!~~


||Majulah HESWI untuk KAJAI||

Friday, January 14, 2011

||MEFeK||


Yihaaaaaaaa!!!!!!!!!
Tu dia...MEFeK kembali menggegar Kajai...
Program tahunan Kajai ini akan berlangsung pd 20-23 Januari 2010 bertempat di Panggung Seni UKM..
Smua warga UKM khususnya penghuni Rahim Kajai dijemput hadir bg menjyakan program kolej kita ini.
Pelbagai aktiviti menarik dan hebat dijanjikan untuk anda.

Bermula pd hari Khamis, dengan jualan di tapak mefek, dan disusuli dengan bacaan yasin n solat hajat di sebelah malam nya..
Pada Jumaat mlm pula, akan diadakan perasmian pembukaan
Mari...mari..mari trun rmai2,,,
de gimic utk pmbukaan nnt,,
nak taw pew? jom turun rmai2.ajk kwn2 dr kolej len skali..
aktvt pd hr sabtu dan ahd adlh spti dlm poster.

Slain poster di atas, ada juga poster2 lain..
wawawawa...
bnyk nye poster...
meh lihat poster2 tersebut:

Suara Sensasi..siapa yg suara2 seksi, boleh laa cuba bakat...^^

Rock!!!

Wah, lumayan nye hadiah..kaya3

Sukan Rakyat...mai3

Vroo0oo0ooommmm

Volleyball...
Haaa...menarik bukan??? 
Jdi, apa tggu lagi? 
De juga prtndingan teater inter-college
bsenye Kajai mst akan mndpt tmpt. Thn nie cmne?
OhhO..dup dap..dup dap...
klo nk tgk, bwk tikar ek, sbb tiap2 thn, pnggng seni mst penuh dgn pnyokong2 kolej lain, 
smpai xde tmpt nk tgk,,klo nk dpt sit dpn, kne laa dtg awl...huhu
Luangkan masa anda utk sama2 turun padang, menjayakan program kolej ini.
Jika bukan anda yang memeriahkannya, sapa lagi??
^_________^


-->>Kami dari keluarga HESWI mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua warga MEFeK terutamanya NYDP Kajai, saudara Firdaus. Semoga MEFeK 2011 akan berjalan dengan gilang-gemilangnya. Chaiyok3!!!!



||Majulah HESWI untuk KAJAI||

Friday, January 7, 2011

[BengKel cUpcAkes]

Okay, msti semua plek, nie blog Heswi, tp mne laporan biro Heswi nie..aiiissshhhh...okay2...mari ikuti laporn ini..:)


Tu dia..Cupcake siswi Kajai.
Knpa biro HESWI mnganjurkan bengkel ini?
Tsunami Cupcake smkin melanda M'sia. Justeru, kami menyahut cabaran utk mngadakan bengkel ini khas utk pelajar siswi Kajai agar tidak ketinggalan dalam tsunami ini.
Orait~~oo Yeah~~
Dlm bgkel ini, pserta di ajar tknik asas utk mnghias kek, bhn2 yg digunakan & perkakas yg diperlukan utk menghias.
Cara nak wat cupcake tuh x diajar, sbb sma je cm nak kek span. cuma saiz nye berbeza,,
Jum tgk gelagat smsa bengkel trsebut:

Diba n Kak Effa. Eh2 diba,, pe pndg2??

Puan Linda ngah mengajar teknik menghias cupcake

Sempat ag peace tuh...

Cewah, pndai ke tuh cik kak??

Model Cupcake ^__^

Hehehe 

Peserta Bengkel.

Sesi pengenalan bahan

Khusyuk nya akk ni menghias

Antara hasilnya. Emm teknik apa ni???hehe

Owh, promote nama ye kat cupcake??

Haaa, begitula skitar bengkel cupcake. Smoga ilmu yang diperolehi dpt dimanfaatkn di masa hadapan. Mana taw, bley jana income smpingan nnt..hehe
Mekaceh kpd smua psrta yg telah mnyokong bengkel ini..
Chill~

||Majulah HESWI untuk KAJAI||


p/s-->Nantikan laporan kem kegemilang siswi IV di Sg. Chilling, KKB. yihaaaa

Thursday, January 6, 2011

[gO gREeN]

Poster Go Green Kajai

Bagi mendukung saranan kerajaan, dan juga masyarakat dunia, Kajai dengan kerjasama Zero waste UKM akan mengadakan kempen Go Green untuk memelihara alam skitar. Wah, lihat lah btapa prihatin nya pelajar kita. Thumbs up utk warga kajai yg bersggh-sggh mnjayakan progrm ini. Bagi yang belum tahu tntg program ini, lihat poster di atas. Bagi yang ada facebook, bley la join Kajai's Greenagers. Klik saja di bwh ni:


Semoga program ini akan berjln dgn lancar. "Kita tidak memiliki alam ini, tapi meminjam dari anak cucu kita".

||Majulah HESWI untuk KAJAI||

||oh JAKSA||

JAWATANKUASA KEBAJIKAN SISWA/I

Yupp! Itulah tajuk entry ini. Kenapa ye nak wat entry ni? sbb, masih ramai lagi  pelajar yang tidak tahu siapakah jawatankuasa kolej yang boleh dirujuk ketika mereka mengalami sbrg mslh di kolej.
Baiklah, wlaupn agk terlewat tuk mmperknal kan mereka2 nie, tp mari kita mengenali sdkt sbnyk tntg mereka dan tugas2 mereka di kolej:

1. Azizi - Yang Dipertua (YDP)
   Beliau memainkan peranan sbgai ketua kpd mahasiswa/i kolej rahim kajai. semua yang berlaku di kajai, mstlah di bwh pengawasan beliau. Semua program yang melibatkan pljr kajai, mst mndapat kelulusan beliau. Kira mcm, ketua keluarga la juga. Tugas YDP, adalah memastikan supaya semua warga kajai hidup dlm keadaan aman dan harmoni.

2. Firdaus - Naib Yang Dipertua (NYDP)
   Beliau merupakan pembantu kanan kpd YDP. Selain mnjdi pemangku kpd YDP jika YDP tiada di kolej, beliau juga memainkan peranan utk mmbantu YDP dlm mnjga keharmonian kolej. Beliau juga merupakan pengemudi karnival terbesar kajai iaitu MEFeK. (Kwn2, MEFeK akan berlangsung pd 20-23 Januari, mari bersama memeriahkannya!!)

3. Hanim - Setiausaha
   Beliau merupakan orang penting juga dalam organisasi ini. Stp mesy, prjmpaan, akan direkodkan oleh beliau. dan stp aktvt yang telah dianjurkn oleh biro, mstlah dilaporkan kpd beliau, agr stp aktvt dpt direkodkn dlm fail aktiviti pelajar.

4. Sayza - Bendahari
   Beliau menjaga kewangan pelajar dan JAKSA sndr. Bukan itu shj, beliau juga merupakan ketua kpd majlis MEDIK - Majlis Dinner Kajai. Dimana, pd malam trsbut, smua pljr akan berkumpul dan makan bersama2..Meriah...Gud luck pd MEDIK sesi ini (nak tahu tema ape? kite tggu poster yg akan diedarkn pd stp blok...^^,)

5. Ares - Biro ICT dan Penerbitan
   Ingt x risalah info kajai yang dihantr dr blk ke blk tuh? Haaa, itulah tugas biro ICT. Beliau akan merakamkan stp gmbr, mngumplkn mklmt mngenai xtvt yg telah dianjurkn utk dimuatkn dlm info kajai tersebut. Beliau juga org kuat dlm pembikinan poster kajai di ats..oh kreatifnya.

6. Farid - Biro Sukan dan Rekreasi
   Segala aktvt brkaitan sukan, adalah dibwh pengelolaan beliau. Beliau merupakan org yng bertanggjwb sewktu temasya SUKEM berlangsung. TAHNIAH buat beliau krn berjy mngharumkan nma Kajai di dlm temasya trsbut!!!

7. Dbah - Biro Alumni dan Hubungan Luar
   Beliau adlh org yg bertggjwb utk mngadakan aktvt brsma alumni kajai. Dibawah beliau, berdirinya urusetia Alumnia (UA) utk bersma2 berganding bahu dalam mngadakan program utk pljr alumni, malah utk pljr2 kajai sndr.

8. Faz - Biro Hal Ehwal Siswi (HESWI)
   HESWI merupakan biro yng hanya melibatkan siswi shj. Selain merncng progrm utk siswi kajai, HESWI juga perlu menjga hal ehwal kbjkn siswi dlm prkara2 yg melibatkan kolej.

9. Dila - Biro Akademik
  ESZ- English Speaking Zone merupakan xtvt di bwh pengelolaan beliau. Mjg bilik PKA, disamping mngadakan xtvt brbntuk akademik utk pljr. Di blk PKA, terdpt mini library, dapur, dan ruang utk pelajar melakukn xtvt mereka.

10. Agilan - Biro Kebajikan
   Segala kebajikan pelajar adlh dibwh tggjwb beliau. Beliau juga akan mgadakn progrm kitar smula utk smua pljr kajai. 
(pljr yg kematian ahli keluarga, boleh menghubungi beliau utk mndptkn pampsan dr Universiti.)

11. Zetty - Biro Kebudayaan
   Beliau menguruskan hal-hal kebudayaan termsklah tarian, boria, lakonan, teater dsb. Dan beliau memainkn peranan dlm memastikn kajai mengungguli ICAF-Inter College Art Festival utk sesi ini! Gud luck Zetty!!

12. Rozalini @ Ocha - Biro Keusahawanan
    Aktiviti keusahawanan sprti jualan, seminar dan yang berkaitan dngn nya adalah dibawah bidang kuasa beliau. beliau akn mngadakan aktvt yg akan mnddik pljr supaya mmpunyai ciri2 keusahawan.

13. Afiq - Biro kerohanian
   Beliau memegang tugas pntg utk mngadakan aktvt2 brbntuk kerohanian spt solat hajat, solt terawih berjemaah, memask bubur lmbuk, mmberi tazkirah dll. Beliau juga perlu mnjg surau kolej agr sntiasa bersih dan suci utk beribadah.

14. Kelly - Biro Integrasi
   Beliau akan mngadakan aktvt utk pljr2 bukan Muslim sprti smbutan Pesta Angpau, FINS, Pesta Tanglung dan lain2. 

Sudah kenali mereka? Mereka bukn shj memegang portfolio biro masing2, tp juga bertanggjwb ke ats mslh pljr. Jika anda mngalami sbrg mslh, bolehlah berjmpa dgn mereka. Mgkn mereka boleh mmbantu anda???Why not ^___^

||Majulah HESWI untuk KAJAI||



Wednesday, January 5, 2011

[Minggu Mesra Pelajar-MMP]


 MINGGU MESRA PELAJAR

Hmmm, first entry dalam blog HESWI ni-MMP.
Apa itu MMP? MMP nie ala2 hri orientasi. mmg wajib diadakan stp tahun bila pljr tahun 1 prasiswazah mula mndftr. nie merupakan aktvti prtama kolej apabila brmulanya sem baru. haaa, mcm2 persiapan dibuat nak smbut ahli keluarga baru yang nak datang nie. AJK2 mula la mem'busy'kan diri dgn bermacm2 kerja.
klo pembca semua nak taw, boleh dikatakn, stp mlm de perjmpaan dgn smua ajk.punye laa smngt nk sambut diorg nie. smua ajk, wajib tahu smua cheers Kajai. Haaa, jgn men2.
Ayah Bun ajar cheers

Nak dijadikan cerita, HESWi dan bbrpa ajk lain ditugaskn dbhgn mknn.
Npe HESWI yg jga mknn? sbb kuat mkn kew? sbb suka masak (suka, tp xpndai..heee)? sbb pompuan sinonim ngn mknn? jwpn nya, hnya YDP kajai je yg taw, sbb dia yang assign tugas2 nie..hehe
Baiklah, cerita bab makan nie, spnjg smggu MMP berlngsung, kamilah yang bertggjwb tok memastikn makann ckup, bersih, on time, dan mengikut jadual yg disediakn (terima kasih kpd sy) haha..
kirenye, kerja blkg tabir je la. sbb itu, ajk2 mknn lbih bnyk berada di cfe berbnding di dctr (ala2 dikuarantin) T.T
First day adik2 nie dtg, mcm2 ragam. Ada yang ceria, sedih, biasa2 je dan ada yang tidak dapat ditafsirkan. AJK2 pula, memainkn peranan msg2 dgn cukup dedikasi. Mari lihat mereka di meja pndftaran:

Pengetua pun ada.

Pelbagai aktvti berlngsng spnjg mggu. De suka, de duka. Macm pertndingan ada; sukan, kebudayaan, debat, dll. Ada malam lakonan 'pukul-pukul syg' dr AJK lelaki, mmg terserlah bakat lakonan mreka. Dan paling tidak dpat dilupakan, malam PERANG DECTAR! Pljr tahun 1 kajai berjaya melakarkan sjrh mereka sndr pabila mengungguli perang dectar pada sesi 2010/2011. Bergegar dectar dngn laungan cheers diorg. Smangt2!! Walaupun dah lama berlalu, tp ia masih mnjdi ingtn yang abadi. Kalau nak diceritakn pnglmn spnjg smggu MMP, mmg xckup satu entry. Oleh itu, mari kita lihat rakaman gmbr spnjg MMP berlangsung:

Felo2 Kajai

Mereka semangat!

Di DECTAR

Olahraga Kajai

Pom-pom Girl Kajai
Pihak Pentadbiran, felo dan jaksa di malam penutup MMP


Begitulah smngt nya pasukan Kajai kita. Diharapkan pelajar2 tahun 1 sesi ini dapat memberikan sumbangan kepada kolej. Semoga ukhwah sesama masyarakat kolej akan terus erat. Teruskan usaha!! Chaiyok!

||Majulah HESWI untuk KAJAI||