bckground

Saturday, February 5, 2011

||KGS IV||

KGS merupakan singkatan bagi nama Kem Kegemilangan Siswi, merupakan kem tahunan yang diadakan oleh Biro Hal Ehwal Siswi khas untuk pelajar-pelajar tahun 1. Program ini bermatlamatkan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama siswi tahun 1 Sedikit rentetan mengenai KGS dr KGS I hinggalah KGS IV:

  • KGS I :- Program KGS yang pertama ini dijalankan di sekitar Kajai sahaja. Melibatkan seluruh ahli biro HESWI dan pelajr tahun 1.
  • KGS II :- Tradisi KGS diteruskan oleh JAKSA HESWI pada ketika itu, saudari najihah. Program ini dijalankan pada cuti semstar 1. Aktiviti yang dijalankan lebih kepada aktiviti berkumpulan. Antara aktivitinya seperti Explorace, Debat antara kumpulan, cheers, bina trademark kumpulan dan bermacam lagi. Paling menarik, pada hari keempat, semua peserta ke dibawa ke Gunung Dato untuk ekspedisi mendaki gunung. Pada malam sebelum pendakian, peserta telah bermalam di kaki gunung, dan juga diadakan malam kebudayaan KGS di sana.
Pendakian Gunung Dato

Peserta dan PC KGS II
  • KGS III :- Kali ini, KGS telah diadakan di luar kawasan Kajai. Kem kali ini diadakan di Teluk Segadas, Pulau Pangkor. Kali ini, KGS diketuai JAKSA HESWI, saudari Shahidah. Bagi memberi peluang kepada peserta merasai aktiviti2 pantai, maka, kem ini dibuat di pulau. Antara aktiviti yang dijalankan, adalah seperti berkayak, snorkeling, water cnfident, LDK, BBQ dan malam kebudayaan. 
Purple!

Banner KGS III ^^,

Peserta KGS III di Teluk Segadas

Antara AJK yang terlibat
Begitulah antara rentetan KGS yang telah diadakan. Jum intai KGS IV plk... :)

KGS IV telah diadakan pada 31/12/2010 - 2/1/2011. Kem kali ini diadakan di Sg Chilling, Kuala Kubu Bharu di bawah pengelolaan JAKSA HESWI, fazila.  Kali ini, peserta akan berkhemah selama 3 hari 2 malam. Untuk menguji peserta dari segi mental dan fizikal, pelbagai aktiviti lasak diatur, antaranya, ekplorace, flying fox, night walk dan jungle trekking. Pada setiap malam, kumpulan2 dibahagikan untuk tugasan sentri. Terdapat juga BBQ dan malam kebudayaan. Mari lihat gambar2 mereka di sana:

Bergambar di air terjun

Peserta dan PC KGS IV


Monkey Climbing

Spider Web

Periuk Api!!!!!

Haaa, itulah sebahagian daripada KGS IV yang diadakan untuk sesi 2010/2011 ini. Semoga kem ini memberi 1001 kenangan kepada semua peserta yang terlibat. Kepada semua AJK HESWI, tahniah dan syabas diucapakan atas komitmen dan penat lelah anda menjalankan kem tahunan biro ini. Harapan, semoga kem ini dapat dijalankan oleh Jaksa Heswi pada sesi berikutnya."Kito bako je la",,,, Happy~~~ ^___^


||Majulah HESWI untuk KAJAI||




No comments:

Post a Comment