bckground

Sunday, February 27, 2011

||cinta MEDiK||

wawawa...
tjuk bkn men gelemer..
para pembaca yang budiman...
heeeee :)

Setiap tahun, kajai akan mengadakan 2 event terbesar, mefek n medik. mefek dah lps, skrg giliran medik plk mengambil alih.,,,
medik tuh apew? medic
MEDiK
Majlis Eksekutif Dinner Kajai..Merupakan majlis makan malam yang akan diadakan setiap tahun khas untuk warga rahim kajai, dari pengetua, timb pengetua, kakitangan pjbt, felo, pelajar siswazah, pljr prasiswazah dan alumni kajai. Yang menariknya, makan malam nie, akan dihadiri oleh semua pljr dan diserikan dengan persembahan artis, haaa...bezkan?...

Rmai yg dah taw kan pe tema medik tahun nie? masquarade vs rockstar! so wrga kjai, dh taw nak pkai pe nnt???jgn lupe, dtg tepat pada masanya, pn2 akan dibuka seawal 7.30pm, so bg yg beragama islam, lps mgrb trus bersiap g medic..klo ley, bersiap awl2, lps solt, trus je pkai kasut..haa kan sng, jgn lps mgrb bru nak mekap, tyme2 tuh bru nak gosok baju, bru nak crik mne kasut...hmmm jwbnye, kol 9 laa bru smpai...huhu...

mari2 intai poster medik tahun nie...


haaa, tuh dia..jelas lagi bersuluh..so kawan2 dan sahabat handai, anda boleh pilih nak tema mane, rockstar atau masquerade, klo rse xtaw nk pkai pe tok rockstar, atau rse x seswai ngan diri anda, anda boleh pkai bju pe je baju tido, baju renang, janji anda pkai topeng...xkisah laa nk pkai topeng ari jadi ke, topeng buatan sndr dengn manila kad ke, topeng otomen kew, jnji bertopeng,.,,nak pkai bj kurung pn ley,,,asalkan bertopeng, simple kan...so, kwn2, jgn lupe jnji temu kte pda 3 march nie di dectar!!!! c u olllss there!!!!

p/s: diharapkan pemakaian mngikut kriteria yg telah ditetapkn,,,jgn memakai pkaian yg menjolok mata, atau bley menyebabkan mata org len sakit memandangnye..hehe...


~~Majulah HESWI untuk KAJAI~~

Saturday, February 19, 2011

||Mari Mengundi oii oii||

..Salam dan selamat sejahtera..

Kepada seluruh warga UKM amnya, dan warga Kajai khususnya, marilah kita bersama-sama turun padang, menunaikan kewajipan anda. UNDI. Undilah calon MPP yang anda rasa layak untuk memimpin UKM. Tarikh rasmi pengundian adalah pada 21 Februari 2011 (isnin) dari pukul 8.00am - 5.00pm. Untuk mengetahui tempat mengundi, anda boleh lah klik link di bawah:


Pada hari pengundian, kelas dari pukul 8.00am - 1.00pm dibatalkan. Sila rujuk link dibawah:


Diharapkan semua pelajar dapat meluangkan masa untuk turun mengundi. Sila tunaikan tanggungjawab anda. Firman Allah:


Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanat (memilih/melantik/mengundi seseorang) kepada yang berhak menerimanya (seorang yang tahu tentang ilmu Islam dan yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup), dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkannya dengan adil (mengikut Al-Quran dan Sunnah). Sungguh, Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat." (Surah An-Nisa : 58)

Undilah calon anda.


||Majulah HESWI untuk KAJAI||


Wednesday, February 9, 2011

||HAKERA||

Assalamualaikum...

KDO akan mengadakan pertandingan sempena Hari Siswi KDO 2011..Berikut adalah pertandingan yang akan diadakan:

Pertandingan Tudung Xpres
1. Terbuka kpd wanita yang berminat
2. Pnyertaan scr brpsgn (seorg model n seorg pembantu)
3. Yuran RM5
4. Peserta perlu memakai anak tudung/tudung (syria/inner lycra atau sbgainya) yng berwarna hitam sewaktu pertandingn. Jenis tudung bergantung kpd psrta
5. Pihak penganjur akan mnyediakan selendang.
6. Masa diberikan 20minit
7. Dibenarkan mmbawa aksesori tambahan mengikut kreativiti
8. Hendaklah memakai pakaian yg seswai., Pengunaan aksesori dan solekan dibenarkan
9. Dinilai melalui aspek kreativiti, kekemasan, tema, konsep dan kerjasama

Pertandingan Beat to Beads
1. Penyertaan scr indivdu
2. Yuran : rm5
3. Masa diberikan: 30 minit
4. Pihak penganjur akan menyediakan peralatan seperti mini pouch, gunting, benang, jarum, dan manik shj.
4. Psrta dikehendaki utk menjahit mini pouch yg disediakan mengikut kreativiti
5. TIDAK dibenarkan utk mmbawa aksesori tmbhan
6. Hasil jahitanm yg dipertandingkn boleh dituntut smula slps keputusan diumumkan.

Pertandingan Transformasi Tropika
1. Pnyrtaan scr brpsngn
2. Yuran : RM5
3. Masa: 30 minit
4. Pihak pnganjur akan mnyediakan buah, pisau kecil, dan bakul
5. DIBENARKAN utk mmbwa aksesori tmbhan dan pisau sndr
6. Hasil gubahan boleh dituntut smula slps kptsn diumumkan

Siswi KAJAI yang berminat utk mnyrtai antara pertandign di atas, yang akan diadakan pd 12 FEB (sabtu), sila hubungi faz-0173267886 selewatnya esok (10/2 - Khamis). Sbrg pertanyaan lanjut, boleh sms no diatas. 
(Timbalah pengalaman sebanyak mungkin...) TQ


||Majulah HESWI untuk KAJAI||

Saturday, February 5, 2011

||KGS IV||

KGS merupakan singkatan bagi nama Kem Kegemilangan Siswi, merupakan kem tahunan yang diadakan oleh Biro Hal Ehwal Siswi khas untuk pelajar-pelajar tahun 1. Program ini bermatlamatkan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama siswi tahun 1 Sedikit rentetan mengenai KGS dr KGS I hinggalah KGS IV:

  • KGS I :- Program KGS yang pertama ini dijalankan di sekitar Kajai sahaja. Melibatkan seluruh ahli biro HESWI dan pelajr tahun 1.
  • KGS II :- Tradisi KGS diteruskan oleh JAKSA HESWI pada ketika itu, saudari najihah. Program ini dijalankan pada cuti semstar 1. Aktiviti yang dijalankan lebih kepada aktiviti berkumpulan. Antara aktivitinya seperti Explorace, Debat antara kumpulan, cheers, bina trademark kumpulan dan bermacam lagi. Paling menarik, pada hari keempat, semua peserta ke dibawa ke Gunung Dato untuk ekspedisi mendaki gunung. Pada malam sebelum pendakian, peserta telah bermalam di kaki gunung, dan juga diadakan malam kebudayaan KGS di sana.
Pendakian Gunung Dato

Peserta dan PC KGS II
  • KGS III :- Kali ini, KGS telah diadakan di luar kawasan Kajai. Kem kali ini diadakan di Teluk Segadas, Pulau Pangkor. Kali ini, KGS diketuai JAKSA HESWI, saudari Shahidah. Bagi memberi peluang kepada peserta merasai aktiviti2 pantai, maka, kem ini dibuat di pulau. Antara aktiviti yang dijalankan, adalah seperti berkayak, snorkeling, water cnfident, LDK, BBQ dan malam kebudayaan. 
Purple!

Banner KGS III ^^,

Peserta KGS III di Teluk Segadas

Antara AJK yang terlibat
Begitulah antara rentetan KGS yang telah diadakan. Jum intai KGS IV plk... :)

KGS IV telah diadakan pada 31/12/2010 - 2/1/2011. Kem kali ini diadakan di Sg Chilling, Kuala Kubu Bharu di bawah pengelolaan JAKSA HESWI, fazila.  Kali ini, peserta akan berkhemah selama 3 hari 2 malam. Untuk menguji peserta dari segi mental dan fizikal, pelbagai aktiviti lasak diatur, antaranya, ekplorace, flying fox, night walk dan jungle trekking. Pada setiap malam, kumpulan2 dibahagikan untuk tugasan sentri. Terdapat juga BBQ dan malam kebudayaan. Mari lihat gambar2 mereka di sana:

Bergambar di air terjun

Peserta dan PC KGS IV


Monkey Climbing

Spider Web

Periuk Api!!!!!

Haaa, itulah sebahagian daripada KGS IV yang diadakan untuk sesi 2010/2011 ini. Semoga kem ini memberi 1001 kenangan kepada semua peserta yang terlibat. Kepada semua AJK HESWI, tahniah dan syabas diucapakan atas komitmen dan penat lelah anda menjalankan kem tahunan biro ini. Harapan, semoga kem ini dapat dijalankan oleh Jaksa Heswi pada sesi berikutnya."Kito bako je la",,,, Happy~~~ ^___^


||Majulah HESWI untuk KAJAI||




Tuesday, February 1, 2011

||Pergolakan di Mesir||

Keluarga Heswi prihatin mengenai pergolakan yang berlaku di Mesir semenjak smnggu yang lepas. Oleh itu, kami ingin berkongsi berita ini dengan semua pembaca blog Heswi.

Krisis bermula apabila rakyat bangun untuk menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak yang telah memerintah selama 3 dekad lamanya. Hosni mubarak merupakan pemimpin yang sangat kejam dan sekutu kepada US, juga menyokong tindakan Israel. Oleh itu, rakyat Mesir telah bangun meminta agar Hosni Mubarak meletakkan jawatan nya sbgai presiden Mesir. Mereka telah menjalan kan demontrasi dan melanggar perintah darurat.

Ekoran dari peristiwa ini, Malaysia juga turut merasa tempiasnya apabila ibu bapa pelajar di Mesir menggesa agar anak mereka di sana di bawa pulang. Keadaan huru hara menyebabkan:


  1. Internet, talian komunikasi terputus. Ibu bapa sukar utk menghubungi anak mereka utk mengetahui keadaan anak mereka di sana
  2. Bekalan makanan trputus. Kedai2 dirompak dan dibakar, bank dan balai polis juga dirompak.
  3. Kereta2 juga dibakar
  4. Rumah mereka di rompak
  5. Harga tiket ditingkatkan sbnyk 7x ganda. Hnya mereka yang mmpunyai pesawat peribadi boleh keluar dari negara itu.
Mungkin, pelajar2 M'sia akan dibawa pulang menggunakan jalan laut. Ada juga segelintir daripada mereka yang telah dipindahkan ke negara yang berdekatan. Semoga pelajar kita di sana selamat dan berada dalam keadaan aman..

Mereka menuntut keadilan.



||Majulah HESWI untuk KAJAI||